Duta perjelas filem Fitna bukan gambaran dasar negara terhadap umat IslamDate of article: 10 April 2008
Source: Berita Harian
Kerajaan Belanda bukan saja mengutuk penerbitan filem dokumentari Fitna hasil arahan Geert Wilders, malah amat kesal kerana Ahli Parlimen itu menyamakan Islam dengan keganasan. Duta Belanda ke Malaysia, Lody Embrechts berkata, Perdana Menteri, Peter Balkenende amat marah dengan Wilders kerana filem dokumentari itu seolah-olah memang sengaja membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
"Perdana Menteri saya mengutuk keras interpretasi dokumentari itu yang menyamakan Islam dengan keganasan. Kerajaan Belanda tidak mahu dikaitkan langsung dengan filem itu kerana ia adalah pendirian individu dan matlamatnya adalah untuk kumpulan tertentu.
"Balkenende percaya filem itu tidak mempunyai matlamat lain, selain daripada sengaja untuk mencetus kemarahan (umat Islam)," kata Embrechts ketika dihubungi di Kuala Lumpur.
Filem Fitna adalah satu dokumentari selama 15 minit dihasilkan Wilders, memberi terjemahan 'fanatik' kepada beberapa ayat yang dipetik dari al-Quran. Tindakan Wilders menterjemah beberapa ayat mengikut persepsi negatif, memberi gambaran al-Quran menggalakkan umat Islam menjadi fanatik dan melakukan keganasan.
Ahli Parlimen itu mengambil statistik pertumbuhan penduduk Islam di Belanda yang mencatat peningkatan begitu besar sejak ia mula bertapak di sana pada awal abad lalu.
For more information about Islam in the Netherlands, please click here.